Thursday, March 8, 2012

Tanggungjawab Kita Sebagai Seorang Anak

Wahai rakan-rakan..
Tahukah anda tentang tanggungjawab anak sebagai seorang anak?
Seorang anak yang bertimbang rasa terhadap orang tuanya??
Seorang anak yang menghargai jasa dan pengorbanan orang tuanya??
Seorang anak yang tahu kesusahan orang tuanya membesarkannya??

Mari sama-sama kita renungkan 
tanggungjawab kita sebagai anak semasa mereka masih hidup di dunia fana ini..



  1. Taatlah selagi tidak bercanggah agama
  2. Menghulurkan bantuan kewangan jika mereka susah
  3. Menjaga mereka ketika mereka tua dan tidak berupaya
  4. Merawat mereka ketika sakit
  5. Melayan mereka ketika sedih dan kesunyian
  6. Mengawasi keselamatan mereka

Apabila mereka telah kembali kepada Pencipta..

  1. Mendoakan agar diampunkan dosa-dosa dan rahmati mereka
  2. Melakukan amal kebajikan untuk mereka
  3. Menjelaskan hutang mereka jika ada
  4. Melaksanakan amanah dan wasiat mereka yang baik
  5. Mengekalkan hubungan baik dengan sahabat mereka.

No comments:

Post a Comment