Friday, March 9, 2012

Keberkatan Dan Kelebihan Hari Jumaat

pEGENALAN :)
Begitu besarnya hikmah hari jumaat atau dalam bahasa arabnya "Jumu'ah" yang berasal daripada perkataan "jama'a", bermaksud 'berkumpul'. Berkumpul yang dimaksudkan di sini ialah menunaikkan solat dan mendapatkan ilmu (melalui khutbah) dengan 'duduk sama rendah berdiri sama tinggi' bersama-sama jemaah lain tanpa mengira warna kulit atau pangkat, keupayaan dan kekayaan. Pada waktu inilah,nilai manusia itu sama, yang membezakan hanyalah iman dan takwa terbit tanpa di sedari. Oleh hal yang demikian itu, hari Jumaat dikatakan hari untuk umat islam berkumpul, memanjatkan doa serta membuat amal kebajikan untuk mendapat keredhaan dan rahmat daripada ALLAH S.W.T.


pENGHULU sEGALA hARI :)
Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud "Jumaat dinamakan 'Sayyidul Aiyam' iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari)". Katanya Rasulullah S.A.W bersabda: kita (Umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberi petunjuk oleh ALLAH akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang ALLAH telah tunjukkan kepadapa kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok ( sabtu ) untuk kaum Yahudi,dan lusa (ahad) untuk kaum Nasrani.


kELEBIHAN hARI jUMAAT :)

Jumaat dikhabarkan hari sebagai hari istemewa dan mulia. Pada hari jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu :)
  1. Allah ciptakan Nabi Adam
  2. Allah turunkan Nabi Adam ke dunia
  3. Allah mematikan Nabi Adam
  4. Pada hari itu juga, ada satu saat yang tidah ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.
  5. Pada hari itu juga berlakunya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukkan di sisi Allah, langit, bumi, angia, gunung, juga lautan melainkan kesemuanya memohonbelas kasihan pada hari tersebut.                                                          
 ( Riwayat Hadis Muslim)
Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda  yang bermaksud : " Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang di saksikan ialah hari Arafah  dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidah terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daridada hari Jumaat." ( Hadis  Riwayat Tarmizi).



kELEBIHAN sOLAT jUMAAT :)
Solat jumaat dua rakaat yang di fardukan  ke atas umat islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaatnya untuk mendapatkan ganjaran ALLAH daripada setiap amal ibadah yang dilaksanakan.


Selain itu hari jumaat juga, merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada YANG MAHA ESA.


Rasulullah bersabda: "Sesiapa hadir solat jumaat saat pertama, ia umpaman berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat jumaat pada saat kedua, seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa hadir solat jumaat saat ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa yang hadir solat jumaat saat keempat dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat jumaat saat kelimah dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur".


Apabila iman naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat .


mALAIKAT tURUN kE bUMI :)
Setiap hari jumaat, ALLAH S.W.T  mengutuskan malaikat ke bumi, mencatat nama mereka ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembah apa yang di catatnya. ALLAH S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.


Pada hari jumaat juga, Allah S.W.T mengutuskan malaikat ke muka bumi. dI tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan solat jumaat. Apabila telah sempurna solatnya, mereka kembali ke langit lalu berkata."Wahai tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk ke masjid dan menunaikan solat jumaat.


Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”


kESIMPULAN :)
  • Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarangan hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat islam.

Sumber:  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (YAKIM)
Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM)

No comments:

Post a Comment