Saturday, February 25, 2012

Perkara-Perkara Yang Ada Kaitan Dengan Kesusahan


Terdapat beberapa perkara 
yang mempunyai kaitan dengan kesusahan 
atau secara khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan.
 Dalam kitab Al Baraqah Fii Fadl Lis Sa'yiwal Harokah 
yang disusun oleh 
Abi Abdillah Muhammad Bin Abdulrahman Al Habsyi
 telah diterangkan perkara- perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.

Perkara-perkara tersebut adalah :


  • Tidak solat
  • Bila hendak makan tidak basmalah
  • Makan di atas pinggan terbalik
  • Memakai kasut atau sandal dengan memulakan sebelah kiri
  • Menganggap ringan apa-apa yang terjatuh dalam hidangan makanan
  • Berwuduk ditempat buang air besar atau air kecil
  • Suka duduk bersandar pada pintu rumah
  • Suka duduk di atas tangga
  • Membiasakan diri membasuh tangan dalam pinggan selepas makan
  • Membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung
  • Tidak membersihkan rumah
  • Membuang sampah atau penyapu dengan kain
  • Suka membersihkan rumah pada waktu malam
  • Suka tidur atas muka
  • Membakar kulit bawang
  • Menjahit baju yang sedang dipakai
  • Mengesat muka dengan baju
  • Berdiri sambil bercekak pinggan
  • Tidur tidak memakai baju
  • Makan sebelum mandi junub (mandi hadas)
  • Selepas solat subuh di masjid, dengan tergesa-gesa keluar masjid
  • Matahari belum terbit sudah pergi pasar
  • Lambat pulang dari pasar
  • Berdoa hal yang tidak baik bagi orang tua dan anak
  • Kebiasaan tidak tutup makanan yang dihidangkan
  • Suka memadam lampu (minyak tanah) dengan nafas
  • Membuang kutu (kepala) dalam keadaan hidup
  • Membasuh kaki dengan tangan kanan
  • Suka kencing pada air yang mengalir
  • Memakai seluar sambil berdiri
  • Memakai serban sambil duduk
  • Mandi junub ditempat buang air atau najis
  • Mkan dengan menggunakan dua jari
  • Berjalan di antara kambing
  • Berjalan antara dua perempuan
  • Suka mempermainkan janggut
  • Suka meletak jari-jari tangan pada bahagian lutut
  • Meletakkan tapak tangan di hidung
  • Suka mengigit kuku dengan mulut
  • Mendedahkan aurat di bawah sinar matahari dan bulan           
  • Menghadap kiblat ketika buang air besar atau air kecil
  • Menguap ketika solat 
  • Meludah pada tempat buang air besar atau air kecil

No comments:

Post a Comment