Monday, February 13, 2012

Cantiknya Seorang Wanita

Cantiknya seorang wanita itu, Sebagai gadis,
BUKAN
Kerana merah kilau listik pada bibir memekar senyum kosmetik.

Cantiknya seorang wanita itu, Sebagai remaja,
TIDAK
Pada kulitnya mulus menggebu terdedah.



Cantiknya seorang wanita itu, Sebagai anak,
TIDAK
Menjerat diri pada kedurhakaan.

Cantiknya seorang wanita itu, Sebagai isteri,
RELA
Merempuh badai di sisi suami.



Cantiknya seorang wanita itu, Sebagai menantu,
MENJAUHI
Persekongkolan ipai lamai.

Cantiknya seorang wanita itu, Sebagai ibu,
RELA
Membuai anak kala suami menjalin mimpi.



Cantiknya seorang wanita itu, Sebagai mentua,
TELUS
Hati mengagih kasih setara pada semua.

Cantiknya seorang wanita itu, Sebagai nenek,
MENYARING
Teladan para anbia buat cucu-cicit.



Cantiknya seorang wanita itu, Sebagai warganegara,
PEKA
Membela nasib dan maruah negara.

Cantiknya seorang wanita itu, Sebagai warga tua
MENGHITUNG
Hari dengan selembar mashaf.


 Cantiknya seorang wanita itu, Sebagai intelektualis,
MENYALAKAN
Obor mewangi setanggi profesionalis.

Cantiknya seorang wanita itu, Sebagai akidah solehah,
MENGADAM
Rinduh kekasih pasrah di atas sejadah
*copy je..hihihi



No comments:

Post a Comment