Sunday, February 26, 2012

CARA RASULULLAH S.A.W MENJAGA KESIHATAN DIRI by zuedean asclane.

SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.

Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.


AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN


Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

"Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman." (Hadis riwayat Muslim)


TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN


Sabda Rasulullah w yang bermaksud: "Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan)." (Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.

Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.


GEMAR BERJALAN KAKI


Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.

Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.


TIDAK PEMARAH


Nasihat Rasulullah 'jangan marah' diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.

Kemudian membaca Ta'awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.


OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA


Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.


TIDAK PERNAH IRI HATI


Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. "Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah."


PEMAAF.


Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa.
Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.

Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.

"BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup Rasulullah..semoga hati kita semakiin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.."

Saturday, February 25, 2012

Perkara-Perkara Yang Ada Kaitan Dengan Kesusahan


Terdapat beberapa perkara 
yang mempunyai kaitan dengan kesusahan 
atau secara khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan.
 Dalam kitab Al Baraqah Fii Fadl Lis Sa'yiwal Harokah 
yang disusun oleh 
Abi Abdillah Muhammad Bin Abdulrahman Al Habsyi
 telah diterangkan perkara- perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.

Perkara-perkara tersebut adalah :


  • Tidak solat
  • Bila hendak makan tidak basmalah
  • Makan di atas pinggan terbalik
  • Memakai kasut atau sandal dengan memulakan sebelah kiri
  • Menganggap ringan apa-apa yang terjatuh dalam hidangan makanan
  • Berwuduk ditempat buang air besar atau air kecil
  • Suka duduk bersandar pada pintu rumah
  • Suka duduk di atas tangga
  • Membiasakan diri membasuh tangan dalam pinggan selepas makan
  • Membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung
  • Tidak membersihkan rumah
  • Membuang sampah atau penyapu dengan kain
  • Suka membersihkan rumah pada waktu malam
  • Suka tidur atas muka
  • Membakar kulit bawang
  • Menjahit baju yang sedang dipakai
  • Mengesat muka dengan baju
  • Berdiri sambil bercekak pinggan
  • Tidur tidak memakai baju
  • Makan sebelum mandi junub (mandi hadas)
  • Selepas solat subuh di masjid, dengan tergesa-gesa keluar masjid
  • Matahari belum terbit sudah pergi pasar
  • Lambat pulang dari pasar
  • Berdoa hal yang tidak baik bagi orang tua dan anak
  • Kebiasaan tidak tutup makanan yang dihidangkan
  • Suka memadam lampu (minyak tanah) dengan nafas
  • Membuang kutu (kepala) dalam keadaan hidup
  • Membasuh kaki dengan tangan kanan
  • Suka kencing pada air yang mengalir
  • Memakai seluar sambil berdiri
  • Memakai serban sambil duduk
  • Mandi junub ditempat buang air atau najis
  • Mkan dengan menggunakan dua jari
  • Berjalan di antara kambing
  • Berjalan antara dua perempuan
  • Suka mempermainkan janggut
  • Suka meletak jari-jari tangan pada bahagian lutut
  • Meletakkan tapak tangan di hidung
  • Suka mengigit kuku dengan mulut
  • Mendedahkan aurat di bawah sinar matahari dan bulan           
  • Menghadap kiblat ketika buang air besar atau air kecil
  • Menguap ketika solat 
  • Meludah pada tempat buang air besar atau air kecil

Thursday, February 23, 2012

MENANAM REDHA...MENUAI TAKWA

Ku tanya  kamu tika itu,
Bagaimana punya hati mulia,
Usah ada prasangka gila,

Kau katakan kepada ku,
Perlakuan kita dengan manusia,
Harus dengan tawakkal,
Jadikan semuanya adalah ladang amal,
Bila ada menghina petiklah dengan kesabaran...
Bila ada yang menghujah cubalah tersenyum..
Kerana semuanya adalah ujian,

Bukankah ujian itu indah?
Kalau kamu sudah merasa ujian itu indah,
Amat payah untuk membuka minda,
Amat payah untuk menerima dusta,
Amat sedikit untuk mensyukiri nikmatNYA,
Amat susah untuk mendaki mencari,

Hikmat pasrah dan nikmat redha,
Di celah kesombongan lagi buta,
Di celah kelalaian di ulit alpa,
Lalu dongakla kepala lihat siapa kita,
Melata berjalan lagi dhaif di bumiNYA.

Kau katakan padaku,
Cubalah mengasah hati sendiri,
Menerima pujian itu adalah hal biasa,
Tapi meneriman hinaan dengan senyuman,
Adalah hal yang luar biasa,
Hinaan itu adalah penghormatan,
Yang setinggi-tingginya kepada kita,
Pabila hinaan dan nista dimamah,
Muncul pula nikmat berlapang dada,
Menerima hinaan dan hujjah itu,

Bukan bererti kita pasrah dan lemah,
Tetapi lebih kuat untuk tetap berdiri,
Lebih pandai mencari argumentasi,
Lebih terbuka menyambung silaturrahim,
Lebih tahu kelemahan diri hingga rendah hati,
Lebih bersahaja tuk mengucapkan terima kasih,
Lebih tersenyum menawan hati..

Lalu menejrima sabar dan rehda,
ALLAH akan memberi penghormatanNYA,
Dalam sabar dan redha kita..
Berbahagialah barang siapa,
Yang mendapat penghormatan ALLAH TAALA.

Sunday, February 19, 2012

Badai Hujan

Pagi yang dingin hujan turun renyai-renyai,
Menyembah bumi yang ketandusan air,
Suasana pagi yang sedia kala dingin,
Bertambah dingin dengan kehadiran bayu pagi,


Angin yang bertiup seiring si hujan,
Menyapa dipagi hari,
Terasa dinginnya,
Hingga ke tulang hitam,


Dedaun segar melambai,
Menghambat jatuh air dari langit,
Tiada cahaya matahari yang menyinar,
Tatkala hujan menampakkan dirinya,
Tiada kicauan burung yang kedengaran,
Yang sibuk mencari makanan,


Tiada kelihatan burung camar yang berterbangan bebas,
di udara yang bersahutan di balik awan,
Tiada titisan embun pagi,


Di hujung daunan,
 Hanya iraman hujan yang kedengaran.

Monday, February 13, 2012

Valentines Day




  14 Ferbuari??
Hari yang di nantikan oleh pasangan kekasih di seluruh dunia!!
Untuk menyambutnya bersama pasangan masing-masing..
TIDAK KECUALI
Pasangan remaja islam!!
Alah ramai remaja islam menyambutnya
Bagi mereka inilah hari 'kebebasan' untuk meraikan
Untuk menunjukkan kasih sayang dan cinta mereka


TAPI..
Tahukah menyambut hari kekasih atau valentines day adalah
HARAM!!
Di sisi agama islam dan bercanggah dengan agama kita..
Ia mempunyai unsur-unsur kristian
Dan amalannya bercampur dengan perbuatan maksiat
Jadi jauhkanlah diri dari menyambutnya!!
:):):):):)


p/s: sama-sama memperbaiki diri kita semua..termasuk saya sendiri..:)

Cantiknya Seorang Wanita

Cantiknya seorang wanita itu, Sebagai gadis,
BUKAN
Kerana merah kilau listik pada bibir memekar senyum kosmetik.

Cantiknya seorang wanita itu, Sebagai remaja,
TIDAK
Pada kulitnya mulus menggebu terdedah.



Cantiknya seorang wanita itu, Sebagai anak,
TIDAK
Menjerat diri pada kedurhakaan.

Cantiknya seorang wanita itu, Sebagai isteri,
RELA
Merempuh badai di sisi suami.



Cantiknya seorang wanita itu, Sebagai menantu,
MENJAUHI
Persekongkolan ipai lamai.

Cantiknya seorang wanita itu, Sebagai ibu,
RELA
Membuai anak kala suami menjalin mimpi.



Cantiknya seorang wanita itu, Sebagai mentua,
TELUS
Hati mengagih kasih setara pada semua.

Cantiknya seorang wanita itu, Sebagai nenek,
MENYARING
Teladan para anbia buat cucu-cicit.



Cantiknya seorang wanita itu, Sebagai warganegara,
PEKA
Membela nasib dan maruah negara.

Cantiknya seorang wanita itu, Sebagai warga tua
MENGHITUNG
Hari dengan selembar mashaf.


 Cantiknya seorang wanita itu, Sebagai intelektualis,
MENYALAKAN
Obor mewangi setanggi profesionalis.

Cantiknya seorang wanita itu, Sebagai akidah solehah,
MENGADAM
Rinduh kekasih pasrah di atas sejadah
*copy je..hihihi



Thursday, February 9, 2012

Percaya Padaku


Aku tak tahu apa yang kurasakan
Dalam hatiku saat pertama kali
Lihat dirimu melihatmu
Seluruh tubuhku terpaku dan membisu
Detak jantungku berdetak tak menentu
Sepertinya aku tak ingin berlalu

Berikan cintamu jugaa sayangmu
Percaya padaku ku 'kan menjagamu
Hingga akhir waktu menjemputku


Ku berikan cintaku juga sayangku 
Percaya padaku ku ‘kan menjagamu 
Hingga akhir waktu menjemputku 
Saat ku tahu kau akan pergi jauh 
 
Izinkan aku 'tuk selalu menantimu
Untuk katakan ku ingin dirimu
Agar kau tahu betapa ku terlalu
Mencintaimu aku akan menunggu
Hingga dirimu kembali untukku


Berikan cintamu juga sayangmu 
Percaya padaku ku ‘kan menjagamu 
Hingga akhir waktu menjemputku 

Ku berikan cintaku juga sayangku 
Percaya padaku ku ‘kan menjagamu 
Hingga akhir waktu menjemputku

Tolonglah aku bagaimana diriku
Ungkapan itu rasa yang membelenggu
Dalam hatiku ku cinta padamu
 
Berikan cintamu juga sayangmu 
Percaya padaku ku ‘kan menjagamu 
Hingga akhir waktu menjemputku 


Ku berikan cintaku juga sayangku 
Percaya padaku ku ‘kan menjagamu 
Hingga akhir waktu menjemputku

Berikan cintamu juga sayangmu 
Percaya padaku ku ‘kan menjagamu 
Hingga akhir waktu menjemputku