Saturday, June 2, 2012

Penyebab Mukmin Masuk Neraka

 1.  TERKELUAR DARI KATEGORI ORANG BERTAKWA

Mengerjakan perbuatan yang mengeluarkannya dari kategori orang bertakwa, kerana ALLAH SWT menciptakan syurga untuk di sediakan bagi orang-orang yang bertakwa.

Orang bertakwa :

  • Orang yang membuat benteng
  • Penghalang antara dirinya dan seksa ALLAH
Bagaimana kita dapat membuat benteng?

  • Dengan menjauhi larangan ALLAH 
  • Rela memaafkan orang lain
Penyebab orang mukmin masuk NERAKA?

  • Tidak memiliki sifat-sifat orang bertakwa
  • Dia mengerjakan sesuatu yang mengeluarkannya dari golongan orang bertakwa
   
   
        2.   MATI SEBELUM BERTAUBAT

Orang yang meninggal dunia sebelum bertaubat dimasukkan ke NERAKA kerana sesuai dengan kesalahan atau dosanya. Sedangkan orang yang bertaubat akan terhapus dosanya dan dia mendapat pahala atau amalannya meminta ampun itu dan dosanya di ganti dengan kebaikan.


  • Orang yang bertaubat bererti orang yang membersihkan jiwanya
Suci atau bersih terbahagi kepada 2 :

  1. Kotoran dosa --> syirik dan dosa-dosa lainnya.
  2. Hadas--> hadas kecil dan besar
 
    3.  TIDAK MENDAPAT SYAFAAT DARI ORANG-ORANG BERIMAN

Bukan hanya dari kalangan malaikat, nabi dan rasul yang memberi syafaat tetapi para ulama, para syuhada, kaum kerabat dan sahabat dari kalangan kanak-kanak juga memberi syafaat.

Anak ada 2 macam -->
  • Yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di akhirat
Anak yang meninggal dunia pada waktu kecil, yakni ketika masih hidup orang tua mereka. Mereka berdiri di pintu syurga dan enggan masuk sebelum mereka yakin orang tua mereka pun ikut masuk syurga. Mereka menangis dan tidak mahu masuk sebelum orang tua mereka pun masuk syurga sehingga akhirnya orang tua mereka pun di masukkan ke dalam syurga.
  • Yang dapat memberi syafaat di dunia
Anak yang mencapai usia baligh atau dewasa . Mereka menbantu orang tua mereka dengan meringankan beban hidup,maka mereka adalah anak-anak yang bermanfaat dalam kehidupan dunia.

Rugilah orang yang tidak mendapat bantuan dari anaknya ketika hidup di dunia dan tidak mendapat syafaat dari anaknya di padang mahsyar nanti.


    4.  ORANG YANG LALAI MENGINGATI ALLAH

Dia tidak termasuk golongan orang yang berzikir (mengingati) dan mengesakan Allah, melainkan golongan yang lalai terhadap Tuhannya.

Zikir terbahagi kepada 2:
  • Lisan--> menyebut dengan lidah dan dapat di dengar oleh hati
  • Hati--> menyebut di dalam hati iaitu yang biasa di sebut dengan zikir hati
Kita selaku orang mukmin patut menggunakan akal untuk mengamati, merenung dan memikirkan terciptanya alam yang sangat mengkagumkan.

Monday, April 2, 2012

Aku JatuH CinTa Pada..

Hah? Aku jatuh cinta? Pada siapa? Hehehehe...
dupdap dupdap
Pada siapa lagi kalau bukan pada 'si dia' yang membuatku tertarik terkenang dia tiap masa..
Sejak aku jumpa dia di laman mukabuku..
Tak lena tidur dibuatnya..terbayang-bayang di ruang mata, 'si dia' yang cute tu...
Rasa nak peluk jer 'si dia' dengan perasaan geram..
Kerna dia terlalu comel yang akan ku dakap dengan erat sekali..
Berbunga hati...kembang setaman...


Hah! jangan salah sangka...
Jangan salah faham deh...
Meh duduk sini deh..nak certe cikit...
Nak taw tak aku jatuh cinta pada siapa? Ala yang aku certe yang aku jumpa dekat laman mukabuku tu..
Hah..nak taw siapa 'si dis' tu? nak tak?
huh, bersepah hati aku..tu dia nak kasi kat 'si dia'..
Korang nak lihat tak gambar 'si dia' aku ni?
Nak? jap deh..nanti aku letak..
Banyak aku curi gambar 'si dia'..
Aku download senyap-senyap...hehehe
Jahat tul aku..hehehe..apahal lah...
Gambar 'si dia' sudah aku letak di skrin netbook aku..hehehe..
Tiap masa aku tengok..
Okeylah kesian pulak kat korang..
aku akan kasi tahu siapa yang buat aku jatuh cinta..

Dia nielah buat aku jatuh cinta...Tak lain tak bukan dia nie..hihihihi

comey kan..
Korang pernah tengok tak kuncing berkaki pendek atau namanya munchkin...
Badan dia panjang kaki pulak pendek memang comel gila lah..
Nah nak tunjuk kat korang gambar 'si dia' yang aku 'curi' nie..

tu dia..




Kalau korang perasanlah dia sebijik serupa dengan si garfield..
Bukan garfield kartun tu...
Yang ada orang betul tu..
issk..susah nak terang ..
        nah tengok gambar lah...Bukan dia nie..

Tapi dia nie...memang comellah..




Masa mula-mula tengok dah geram tengok dia nie..
Cara dia jalan..fuh..
Korang percaya tak..???
Tengok di atas ni..
Apa pendapat korang???


bergaya betul...
Ikut hati aku aku nak bela jer dia nie..
Tapi kat rumah aku tu ada yang takut 'si dia' nie..
Geli katanya..
Kepada 'kat rumah aku yang takut kucing'
Jangan marah kalau aku kutuk mu nie..
Jangan serang aku pulak deh..
Hahaha..



Hah, sekarang korang dah tahu kan siapa yang telah membuat ku jatuh cinta..
Dan korang dah tahukan siapa 'si dia' nie kan..
Jangan marah kalau buat saya buat anda geram..
Apa-apa puin terima kasih kerna sudi baca entry saya nie..
Betul tak entry nie..hahahaha

Sunday, April 1, 2012

KPL..KPL..

assalamualaikum....
hah! dah lama sgt tak update blog ni..tuptup dah masuk bln april
nak buat cam na kan..sbuk isi borang..
borang tulah borang nie lah..
beselah baru lps dpt rsult..
sebut pasal borang..aissh geram betullah..
susah betul nk isi borang kpl spm..
asyk tak bleh jer..
dah lah tarik tutp dah hmpir..
arrrrr...ttekan betullah mcm nie..
pepe pown akan ku ushakan smpai dpt..
jgn lari!!!!!

Friday, March 9, 2012

Life just got Lagi Bagus – enjoy best rates with #HotlinkBagus at only RM5. All your connectivity needs at the lowest prices


Life just got Lagi Bagus – enjoy best rates with #HotlinkBagus at only RM5. All your connectivity needs at the lowest prices

Keberkatan Dan Kelebihan Hari Jumaat

pEGENALAN :)
Begitu besarnya hikmah hari jumaat atau dalam bahasa arabnya "Jumu'ah" yang berasal daripada perkataan "jama'a", bermaksud 'berkumpul'. Berkumpul yang dimaksudkan di sini ialah menunaikkan solat dan mendapatkan ilmu (melalui khutbah) dengan 'duduk sama rendah berdiri sama tinggi' bersama-sama jemaah lain tanpa mengira warna kulit atau pangkat, keupayaan dan kekayaan. Pada waktu inilah,nilai manusia itu sama, yang membezakan hanyalah iman dan takwa terbit tanpa di sedari. Oleh hal yang demikian itu, hari Jumaat dikatakan hari untuk umat islam berkumpul, memanjatkan doa serta membuat amal kebajikan untuk mendapat keredhaan dan rahmat daripada ALLAH S.W.T.


pENGHULU sEGALA hARI :)
Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud "Jumaat dinamakan 'Sayyidul Aiyam' iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari)". Katanya Rasulullah S.A.W bersabda: kita (Umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberi petunjuk oleh ALLAH akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang ALLAH telah tunjukkan kepadapa kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok ( sabtu ) untuk kaum Yahudi,dan lusa (ahad) untuk kaum Nasrani.


kELEBIHAN hARI jUMAAT :)

Jumaat dikhabarkan hari sebagai hari istemewa dan mulia. Pada hari jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu :)
  1. Allah ciptakan Nabi Adam
  2. Allah turunkan Nabi Adam ke dunia
  3. Allah mematikan Nabi Adam
  4. Pada hari itu juga, ada satu saat yang tidah ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.
  5. Pada hari itu juga berlakunya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukkan di sisi Allah, langit, bumi, angia, gunung, juga lautan melainkan kesemuanya memohonbelas kasihan pada hari tersebut.                                                          
 ( Riwayat Hadis Muslim)
Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda  yang bermaksud : " Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang di saksikan ialah hari Arafah  dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidah terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daridada hari Jumaat." ( Hadis  Riwayat Tarmizi).



kELEBIHAN sOLAT jUMAAT :)
Solat jumaat dua rakaat yang di fardukan  ke atas umat islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaatnya untuk mendapatkan ganjaran ALLAH daripada setiap amal ibadah yang dilaksanakan.


Selain itu hari jumaat juga, merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada YANG MAHA ESA.


Rasulullah bersabda: "Sesiapa hadir solat jumaat saat pertama, ia umpaman berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat jumaat pada saat kedua, seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa hadir solat jumaat saat ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa yang hadir solat jumaat saat keempat dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat jumaat saat kelimah dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur".


Apabila iman naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat .


mALAIKAT tURUN kE bUMI :)
Setiap hari jumaat, ALLAH S.W.T  mengutuskan malaikat ke bumi, mencatat nama mereka ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembah apa yang di catatnya. ALLAH S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.


Pada hari jumaat juga, Allah S.W.T mengutuskan malaikat ke muka bumi. dI tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan solat jumaat. Apabila telah sempurna solatnya, mereka kembali ke langit lalu berkata."Wahai tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk ke masjid dan menunaikan solat jumaat.


Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”


kESIMPULAN :)
  • Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarangan hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat islam.

Sumber:  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (YAKIM)
Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM)

If you're tired of harsh fluorescent lamps, get this natural crystal salt lamp from #B52Trading. Easy on your eyes.

If you're tired of harsh fluorescent lamps, get this natural crystal salt lamp from #B52Trading. Easy on your eyes.

Thursday, March 8, 2012

Tanggungjawab Kita Sebagai Seorang Anak

Wahai rakan-rakan..
Tahukah anda tentang tanggungjawab anak sebagai seorang anak?
Seorang anak yang bertimbang rasa terhadap orang tuanya??
Seorang anak yang menghargai jasa dan pengorbanan orang tuanya??
Seorang anak yang tahu kesusahan orang tuanya membesarkannya??

Mari sama-sama kita renungkan 
tanggungjawab kita sebagai anak semasa mereka masih hidup di dunia fana ini..



  1. Taatlah selagi tidak bercanggah agama
  2. Menghulurkan bantuan kewangan jika mereka susah
  3. Menjaga mereka ketika mereka tua dan tidak berupaya
  4. Merawat mereka ketika sakit
  5. Melayan mereka ketika sedih dan kesunyian
  6. Mengawasi keselamatan mereka

Apabila mereka telah kembali kepada Pencipta..

  1. Mendoakan agar diampunkan dosa-dosa dan rahmati mereka
  2. Melakukan amal kebajikan untuk mereka
  3. Menjelaskan hutang mereka jika ada
  4. Melaksanakan amanah dan wasiat mereka yang baik
  5. Mengekalkan hubungan baik dengan sahabat mereka.

Sunday, February 26, 2012

CARA RASULULLAH S.A.W MENJAGA KESIHATAN DIRI by zuedean asclane.

SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.

Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.


AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN


Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

"Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman." (Hadis riwayat Muslim)


TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN


Sabda Rasulullah w yang bermaksud: "Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan)." (Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.

Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.


GEMAR BERJALAN KAKI


Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.

Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.


TIDAK PEMARAH


Nasihat Rasulullah 'jangan marah' diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.

Kemudian membaca Ta'awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.


OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA


Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.


TIDAK PERNAH IRI HATI


Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. "Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah."


PEMAAF.


Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa.
Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.

Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.

"BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup Rasulullah..semoga hati kita semakiin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.."

Saturday, February 25, 2012

Perkara-Perkara Yang Ada Kaitan Dengan Kesusahan


Terdapat beberapa perkara 
yang mempunyai kaitan dengan kesusahan 
atau secara khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan.
 Dalam kitab Al Baraqah Fii Fadl Lis Sa'yiwal Harokah 
yang disusun oleh 
Abi Abdillah Muhammad Bin Abdulrahman Al Habsyi
 telah diterangkan perkara- perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.

Perkara-perkara tersebut adalah :


  • Tidak solat
  • Bila hendak makan tidak basmalah
  • Makan di atas pinggan terbalik
  • Memakai kasut atau sandal dengan memulakan sebelah kiri
  • Menganggap ringan apa-apa yang terjatuh dalam hidangan makanan
  • Berwuduk ditempat buang air besar atau air kecil
  • Suka duduk bersandar pada pintu rumah
  • Suka duduk di atas tangga
  • Membiasakan diri membasuh tangan dalam pinggan selepas makan
  • Membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung
  • Tidak membersihkan rumah
  • Membuang sampah atau penyapu dengan kain
  • Suka membersihkan rumah pada waktu malam
  • Suka tidur atas muka
  • Membakar kulit bawang
  • Menjahit baju yang sedang dipakai
  • Mengesat muka dengan baju
  • Berdiri sambil bercekak pinggan
  • Tidur tidak memakai baju
  • Makan sebelum mandi junub (mandi hadas)
  • Selepas solat subuh di masjid, dengan tergesa-gesa keluar masjid
  • Matahari belum terbit sudah pergi pasar
  • Lambat pulang dari pasar
  • Berdoa hal yang tidak baik bagi orang tua dan anak
  • Kebiasaan tidak tutup makanan yang dihidangkan
  • Suka memadam lampu (minyak tanah) dengan nafas
  • Membuang kutu (kepala) dalam keadaan hidup
  • Membasuh kaki dengan tangan kanan
  • Suka kencing pada air yang mengalir
  • Memakai seluar sambil berdiri
  • Memakai serban sambil duduk
  • Mandi junub ditempat buang air atau najis
  • Mkan dengan menggunakan dua jari
  • Berjalan di antara kambing
  • Berjalan antara dua perempuan
  • Suka mempermainkan janggut
  • Suka meletak jari-jari tangan pada bahagian lutut
  • Meletakkan tapak tangan di hidung
  • Suka mengigit kuku dengan mulut
  • Mendedahkan aurat di bawah sinar matahari dan bulan           
  • Menghadap kiblat ketika buang air besar atau air kecil
  • Menguap ketika solat 
  • Meludah pada tempat buang air besar atau air kecil

Thursday, February 23, 2012

MENANAM REDHA...MENUAI TAKWA

Ku tanya  kamu tika itu,
Bagaimana punya hati mulia,
Usah ada prasangka gila,

Kau katakan kepada ku,
Perlakuan kita dengan manusia,
Harus dengan tawakkal,
Jadikan semuanya adalah ladang amal,
Bila ada menghina petiklah dengan kesabaran...
Bila ada yang menghujah cubalah tersenyum..
Kerana semuanya adalah ujian,

Bukankah ujian itu indah?
Kalau kamu sudah merasa ujian itu indah,
Amat payah untuk membuka minda,
Amat payah untuk menerima dusta,
Amat sedikit untuk mensyukiri nikmatNYA,
Amat susah untuk mendaki mencari,

Hikmat pasrah dan nikmat redha,
Di celah kesombongan lagi buta,
Di celah kelalaian di ulit alpa,
Lalu dongakla kepala lihat siapa kita,
Melata berjalan lagi dhaif di bumiNYA.

Kau katakan padaku,
Cubalah mengasah hati sendiri,
Menerima pujian itu adalah hal biasa,
Tapi meneriman hinaan dengan senyuman,
Adalah hal yang luar biasa,
Hinaan itu adalah penghormatan,
Yang setinggi-tingginya kepada kita,
Pabila hinaan dan nista dimamah,
Muncul pula nikmat berlapang dada,
Menerima hinaan dan hujjah itu,

Bukan bererti kita pasrah dan lemah,
Tetapi lebih kuat untuk tetap berdiri,
Lebih pandai mencari argumentasi,
Lebih terbuka menyambung silaturrahim,
Lebih tahu kelemahan diri hingga rendah hati,
Lebih bersahaja tuk mengucapkan terima kasih,
Lebih tersenyum menawan hati..

Lalu menejrima sabar dan rehda,
ALLAH akan memberi penghormatanNYA,
Dalam sabar dan redha kita..
Berbahagialah barang siapa,
Yang mendapat penghormatan ALLAH TAALA.

Sunday, February 19, 2012

Badai Hujan

Pagi yang dingin hujan turun renyai-renyai,
Menyembah bumi yang ketandusan air,
Suasana pagi yang sedia kala dingin,
Bertambah dingin dengan kehadiran bayu pagi,


Angin yang bertiup seiring si hujan,
Menyapa dipagi hari,
Terasa dinginnya,
Hingga ke tulang hitam,


Dedaun segar melambai,
Menghambat jatuh air dari langit,
Tiada cahaya matahari yang menyinar,
Tatkala hujan menampakkan dirinya,
Tiada kicauan burung yang kedengaran,
Yang sibuk mencari makanan,


Tiada kelihatan burung camar yang berterbangan bebas,
di udara yang bersahutan di balik awan,
Tiada titisan embun pagi,


Di hujung daunan,
 Hanya iraman hujan yang kedengaran.

Monday, February 13, 2012

Valentines Day




  14 Ferbuari??
Hari yang di nantikan oleh pasangan kekasih di seluruh dunia!!
Untuk menyambutnya bersama pasangan masing-masing..
TIDAK KECUALI
Pasangan remaja islam!!
Alah ramai remaja islam menyambutnya
Bagi mereka inilah hari 'kebebasan' untuk meraikan
Untuk menunjukkan kasih sayang dan cinta mereka


TAPI..
Tahukah menyambut hari kekasih atau valentines day adalah
HARAM!!
Di sisi agama islam dan bercanggah dengan agama kita..
Ia mempunyai unsur-unsur kristian
Dan amalannya bercampur dengan perbuatan maksiat
Jadi jauhkanlah diri dari menyambutnya!!
:):):):):)


p/s: sama-sama memperbaiki diri kita semua..termasuk saya sendiri..:)

Cantiknya Seorang Wanita

Cantiknya seorang wanita itu, Sebagai gadis,
BUKAN
Kerana merah kilau listik pada bibir memekar senyum kosmetik.

Cantiknya seorang wanita itu, Sebagai remaja,
TIDAK
Pada kulitnya mulus menggebu terdedah.



Cantiknya seorang wanita itu, Sebagai anak,
TIDAK
Menjerat diri pada kedurhakaan.

Cantiknya seorang wanita itu, Sebagai isteri,
RELA
Merempuh badai di sisi suami.



Cantiknya seorang wanita itu, Sebagai menantu,
MENJAUHI
Persekongkolan ipai lamai.

Cantiknya seorang wanita itu, Sebagai ibu,
RELA
Membuai anak kala suami menjalin mimpi.



Cantiknya seorang wanita itu, Sebagai mentua,
TELUS
Hati mengagih kasih setara pada semua.

Cantiknya seorang wanita itu, Sebagai nenek,
MENYARING
Teladan para anbia buat cucu-cicit.



Cantiknya seorang wanita itu, Sebagai warganegara,
PEKA
Membela nasib dan maruah negara.

Cantiknya seorang wanita itu, Sebagai warga tua
MENGHITUNG
Hari dengan selembar mashaf.


 Cantiknya seorang wanita itu, Sebagai intelektualis,
MENYALAKAN
Obor mewangi setanggi profesionalis.

Cantiknya seorang wanita itu, Sebagai akidah solehah,
MENGADAM
Rinduh kekasih pasrah di atas sejadah
*copy je..hihihi



Thursday, February 9, 2012

Percaya Padaku


Aku tak tahu apa yang kurasakan
Dalam hatiku saat pertama kali
Lihat dirimu melihatmu
Seluruh tubuhku terpaku dan membisu
Detak jantungku berdetak tak menentu
Sepertinya aku tak ingin berlalu

Berikan cintamu jugaa sayangmu
Percaya padaku ku 'kan menjagamu
Hingga akhir waktu menjemputku


Ku berikan cintaku juga sayangku 
Percaya padaku ku ‘kan menjagamu 
Hingga akhir waktu menjemputku 
Saat ku tahu kau akan pergi jauh 
 
Izinkan aku 'tuk selalu menantimu
Untuk katakan ku ingin dirimu
Agar kau tahu betapa ku terlalu
Mencintaimu aku akan menunggu
Hingga dirimu kembali untukku


Berikan cintamu juga sayangmu 
Percaya padaku ku ‘kan menjagamu 
Hingga akhir waktu menjemputku 

Ku berikan cintaku juga sayangku 
Percaya padaku ku ‘kan menjagamu 
Hingga akhir waktu menjemputku

Tolonglah aku bagaimana diriku
Ungkapan itu rasa yang membelenggu
Dalam hatiku ku cinta padamu
 
Berikan cintamu juga sayangmu 
Percaya padaku ku ‘kan menjagamu 
Hingga akhir waktu menjemputku 


Ku berikan cintaku juga sayangku 
Percaya padaku ku ‘kan menjagamu 
Hingga akhir waktu menjemputku

Berikan cintamu juga sayangmu 
Percaya padaku ku ‘kan menjagamu 
Hingga akhir waktu menjemputku